Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera, ikrar tidak ulangi

7 Dec 2024 • 10:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEOUL, 7 DIS: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Saya benar-benar memohon maaf kepada rakyat yang pastinya terkejut dengan perkara ini,” kata Yoon dalam ucapan umum yang disiarkan di televisyen, beberapa jam sebelum undian parlimen terhadap usul pemecatannya.

Yoon membuat kenyataan itu dalam penampilan umum pertamanya selepas beliau mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan enam jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya.

Yoon menjelaskan bahawa keputusan berkenaan diambil atas dasar “terdesak” sebagai presiden, tetapi mengakui tindakan itu telah menimbulkan kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat.

“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera ini,” katanya sambil berikrar untuk menyerahkan semua keputusan, termasuk tempoh pemerintahannya kepada Parti Kuasa Rakyat untuk menstabilkan negara.

Yoon dipilih pada Mei 2022 bagi penggal lima tahun.

– BERNAMA-YONHAP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved