Presiden Microsoft Melihat China Menjadi Pesaing Terbesar Untuk ChatGPT

TechnologyDigital
25 Apr 2023 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Presiden Microsoft, Brad Smith kini melalui sebuah temuramah menyasarkan yang mana syarikat dan firma dari China bakal menjadi pesaing terbesar untuk perkhidmatan ChatGPT dibawah OpenAI pada hari ini.

Microsoft merupakan pelabur pada OpenAI, dan turut mengintegrasikan teknologi disebalik ChatGPT pada perkhidmatan seperti Bing, Microsoft Office dan sebagainya.

Beliau turut mengatakan melihat tida firma pada barisan hadapan dalam persaingan kecerdasan buatan, iaitu diterajui OpenAI, Google pada tempat kedua, dan Akademi Kecerdasan Buatan Beijing pada kedudukan ketiga.

Persaingan inovasi dalam arena kecerdasan buatan ini dikatakan sangat rapat, dan boleh diterajui oleh pihak lain dalam masa yang dekat. Jarak inovasi juga dikatakan tidak sampai bertahun, tetapi boleh dilangkaui pihak lain dalam hanya pembangunan dan inovasi dalam bebrapa bulan sahaja.

Brad Smith turut menyatakan kita tidak sepatutnya menghentikan inovasi, tetapi terus membangunkan dan menambah-baik produk sedia ada. Kecerdasan buatan juga dikatakan boleh digunakan sebagai senjata dalam serangan siber, serta beberapa perkara lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved