Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip Kecerdasan Buatan Mereka Sendiri

TechnologyDigital
19 Apr 2023 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft merupakan penaja terbesar OpenAI dalam membangunkan kecerdasan buatan ChatGPT yang memperlihatkan berjuta-juta penggunaan setiap hari. Syarikat tersebut juga sebelum ini dilihat telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Qualcomm untuk membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Microsoft sedang dalam proses membangunkan cip pemprosesan kecerdasan buatan mereka sendiri, yang diberi kod nama “Athena” penyelidikan disebaliknya sudahpun dimulakan sejak 2019.

image is not available

Penyelidikan dalam pembangunan cip pemprosesan ini juga adalah gabungan diantara Microsoft dan OpenAI, dimana ia juga dilaporkan bahawa cip Athena ini sedang digunakan oleh segelintir kecil penyelidik di Microsoft dan juga OpenAI untuk melihat bagaimana cip baru ini boleh meningkatkan prestasi pembelajaran LLM (Large Language Model) ChatGPT.

Laporan daripada The Information juga memperlihatkan bahawa Microsoft akan menggunakan khidmat binaan 5nm daripada TSMC untuk menghasilkan cip-cip kecerdasan buatan ini. Ia juga dilaporkan bahawa sebahagian daripada tujuan pembangunan cip ini ialah untuk menjimatkan perbelanjaan daripada membeli cip-cip kecerdasan buatan sedia ada daripada NVIDIA.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa cip Athena ini akan menggantikan penawaran NVIDIA. Cip DGX Cloud digunakan Microsoft untuk menguasakan sejumlah perkhidmatan penting Microsoft seperti Microsoft Azure dan juga Office 365.