Prestasi Cip Apple A17 Bionic Mungkin Direndahkan Kerana Isu Dengan Pengeluaran TSMC

TechnologyDigital
22 Mar 2023 • 2:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple dijiangka akan memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Apple A17 Bionic untuk siri peranti iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max mereka yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Terkini, terdapat sejumlah laporan yang mengatakan bahawa peningkatan prestasi dari A16 Bionic ke A17 Bionic tidak akan begitu ketara, kerana walaupun cip terbaru tersebut akan dibina menggunakan proses 3nm terbaru TSMC, ia dikatakan bahawa jumlah pengeluaran cip tersebut tidak sebanyak yang disangka, dan juga prestasinya dilihat 20 peratus lebih rendah daripada apa yang dijanjikan.

image is not available

Menurut laporan-laporan ini juga, ia dikatakan kerana komponen transistor FinFET yang digunakan tidak bersesuaian untuk komponen-komponen yang dibina dengan proses lebih kompleks daripada 4nm.

Walaupun begitu, cip pemprosesan A17 Bionic ini dilihat masih akan hadir dengan prestasi yang lebih baik berbanding penawaran tahun lepas, cuma mungkin tidak sejauh yang disangka.

Buat masa