Presto Membolehkan iPhone Dikemaskini Walaupun Masih Di Dalam Kotak

TechnologyDigital
25 Mar 2024 • 9:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan lalu kami laporkan Apple membangunkan sistem yang membolehkan perisian iPhone dikemaskini di Apple Store tanpa ia perlu dikeluarkan dari dalam kotak. Menurut laporan Bloomberg, sistem yang diberikan nama Presto ini akan digunakan bermula bulan depan di Apple Store yang terletak di Amerika Syarikat.

image is not available

Peranti dikemaskini secara nirwayar dengan meletakkannya di atas mesin presto. Ia akan dihidupkan, dikemaskini sebelum dimatikan semula tanpa kotak perlu dibuka.

Antara isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini ialah iPhone perlu dikemaskini terlebih dahulu oleh pembeli sebelum boleh digunakan. Ini melambatkan proses memindahkan daripada iPhone lama ke iPhone yang baru dibeli. Menerusi Presto, isu ini tidak akan berlaku lagi.