Prihatin Nasib Suami Isteri Tular, AEON Jemput Pilih Barangan Bayi & Tanggung Kos Pembelian

LocalSales & Promo
16 Jul 2026 • 11:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Prihatin Nasib Suami Isteri Tular, AEON Jemput Pilih Barangan Bayi & Tanggung Kos Pembelian

Prihatin Nasib Suami Isteri Tular, AEON Jemput Pilih Barangan Bayi & Tanggung Kos Pembelian

Kadangkala, rezeki hadir dalam keadaan yang tidak pernah kita sangka. Malah, mungkin ia datang ketika kita sedang melalui fasa hidup yang benar-benar mencabar.

Percayalah, setiap kesulitan pasti disertai dengan kemudahan.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini AEON Retail Malaysia mencuri perhatian ramai selepas menunjukkan keprihatinan terhadap pasangan suami isteri yang berdepan isu dengan sebuah pasar raya.

Menerusi perkongsian @fareezshah10 di Threads, AEON telah menghubunginya menerusi kiriman mesej di platform berkenaan.

Dalam mesej tersebut, AEON meluahkan rasa dukacita selepas mengetahui perkara yang dilalui oleh Fareez dan isterinya baru-baru ini.

Pihak pasar raya itu kemudian menjemput pasangan terbabit untuk membeli-belah di mana-mana cawangan AEON yang paling dekat dan sesuai untuk mereka.

“Anda dipersilakan memilih keperluan bayi yang diperlukan, dengan pembelian tersebut ditanggung oleh pihak kami,” katanya.

AEON turut mengakui bahawa tiada kata-kata atau bantuan yang benar-benar mampu meredakan kesakitan serta trauma yang dialami pasangan berkenaan.

Baca juga:

“Namun, kami ingin anda tahu bahawa ingatan dan doa kami sentiasa bersama anda dalam menghadapi waktu yang sukar ini.

“Tiada sebarang kewajipan atau balasan yang diperlukan. Ini hanyalah cara kami untuk menunjukkan bahawa anda tidak bersendirian.

“Kami berharap sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit keselesaan dan membantu anda berdua meneruskan kehidupan selepas melalui pengalaman yang sukar ini,” katanya.

Image from: Prihatin Nasib Suami Isteri Tular, AEON Jemput Pilih Barangan Bayi & Tanggung Kos Pembelian

Sementara itu, Fareez meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh AEON.

“Terima kasih @aeonretail.my kerana menghubungi saya dengan penuh keprihatinan dan kemurahan hati.

“Keprihatinan yang ditunjukkan benar-benar amat bermakna buat kami. Kami sangat menghargai segala perhatian, rasa empati dan kebaikan yang diberikan.

“Semoga segala kebaikan ini dibalas berkali ganda. Terima kasih,” kata Fareez.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan AEON kerana menghulurkan bantuan secara peribadi tanpa menghebahkannya.

Bagi mereka, tindakan itu menunjukkan ketulusan pihak AEON dalam membantu Fareez dan isterinya ketika melalui waktu yang sukar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved