Prince Syed Akui Rindu Kemesraan Keluarga Mentua – “Walaupun Saya Pernah Dibelasah, Dihentak Topi Keledar”

24 Apr 2026 • 2:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Prince Syed mengakui Aidilfitri kali ini terasa berbeza apabila tidak dapat menikmati lemang buatan bapa mentuanya seperti kebiasaan.

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, menyifatkan bapa mentuanya sebagai seorang yang sangat baik dan sentiasa dekat di hatinya.

Advertisement

“Saya rindu lemang air tangan ayah mentua. Rindu sangat-sangat. Ayah mentua saya baik orangnya. Apa jadi sekali pun, kasih sayang saya pada keluarga mentua tidak akan pernah pudar,” katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Suria FM, semalam.

Mengulas mengenai hubungan dengan keluarga mentua, beliau memaklumkan keadaan kini sudah tidak lagi tegang seperti sebelum ini dan memilih untuk melihat apa yang berlaku sebagai satu pengajaran dalam hidup.

“Saya mengambil pendekatan untuk jadikan apa yang berlaku antara kami sebelum ini sebagai satu pengajaran. Walaupun saya pernah dibelasah oleh keluarga mentua, dihentak dengan topi keledar, saya mahu lupakan semuanya.”

Dalam masa sama, Prince Syed turut menjawab kritikan segelintir netizen yang mendakwa dia dan isterinya, Fatin cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua.

image is not available

“Sebenarnya tidak. Mereka ditahan di lokap untuk membantu siasatan. Saya pun hanya tahu pada malam hari saya buat laporan menerusi sebuah video dalam TikTok. Saya terus hubungi pegawai polis dan dimaklumkan mereka terpaksa tahan untuk siasatan.”

Terdahulu, pada 14 November, empat ahli keluarga mentuanya telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berbeza.

Ibu bapa mentua serta adik iparnya mengaku tidak bersalah atas dakwaan sengaja mencederakannya di Sungai Bertek pada awal November. Sementara itu, abang iparnya turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik adiknya, Fatin Syazwani.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-24 12:32:44

"Bukan Semua OKU Baik Hati" - Perkongsian Wanita Ini Keluar 'Dating' Di Tepi Pantai Undang Reaksi Netizen

The post Prince Syed Akui Rindu Kemesraan Keluarga Mentua – “Walaupun Saya Pernah Dibelasah, Dihentak Topi Keledar” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved