“‘Print’ Sendiri ke Stiker Tu” – Muat Naik Video Le Creuset Tak Estetik, Syamimia Kembali Dikecam

19 Oct 2023 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini netizen mula mempersoal kreativiti pempengaruh sensasi Syamimia di laman Twitter kerana memuat naik video memasak di TikTok tempoh hari tanpa membuang pelekat jenama Le Creuset pada periuk yang digunakan.

Menurut individu ini, walaupun video itu disponsor oleh jenama tersebut, tetapi cara Syamimia atau dipanggil Mimi ini menghasilkan video yang kurang memuaskan. Dia hanya menampal sticker jenama itu seolah-olah tidak peduli dengan estetik.

Senget sangat tu. Print sendiri ke agaknya?

Melihat di ruangan komen Twitter pula, ramai ikut memerli kesilapan tidak estetiknya itu. Ada juga yang berkata dirinya sedang terdesak untuk menerima lebih banyak sponsor dari jenama Le Creuset.

image is not available

Sumber : Twitter  

Namun begitu, ada sesetengah yang mempercayai pelakat itu sengaja dibiarkan untuk tontonan memandangkan pos itu disponsor oleh jenama periuk itu sendiri.

Terdahulu, warganet beramai-ramai telah menyindir Mimi kerana tidak membuat sebarang perkongsian mengenai isu Palestin di mana-mana media sosial.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Meluat, Cakap Sopan Tapi Kuat Perli" - Gara-Gara Kontroversi Isu Palestin, Syamimia Hilang Lebih 100K 'Followers'