PRISM+ Mengemaskini Siri TV Mini-LED, QLED+, dan LED TV Mereka Di Malaysia – Harga Bermula RM 1599

TechnologyDigital
22 May 2026 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Image from: PRISM+ Mengemaskini Siri TV Mini-LED, QLED+, dan LED TV Mereka Di Malaysia – Harga Bermula RM 1599

PRISM+ adalah sebuah jenama teknologi dari Singapura yang sebelum ini cukup terkenal untuk penawaran paparan skrin komputer mereka, sebelum mereka memasuki pasaran-pasaran elektronik lain, seperti televisyen pintar dan kelengkapan elektrik lain. Terkini, Prism+ dilihat telah menambahkan penawaran siri televisyen pintar mereka untuk tahun ini dengan penawaran pilihan panel QLED dan Mini LED.

Televisyen-televisyen ini semuanya hadir dibawah PRISM+ AI TV 2026 Series, yang tampil dengan penawaran model PRISM+ QD Mini LED U55 dan U65 sebagai penawaran paparan televisyen premium dengan penggunaan panel Mini LED yang menggabungkan olahan warna ranggi dengan kecerahan paparan yang cukup baik sekali.

Image from: PRISM+ Mengemaskini Siri TV Mini-LED, QLED+, dan LED TV Mereka Di Malaysia – Harga Bermula RM 1599

PRISM+ Ultra Q43, Q55, Q65, Q75 dan Q85 pula menampilkan paparan skrin bersaiz besar menggunakan panel QLED+ untuk kualiti tontonan yang baik, dan sesuai untuk digunakan bersama-sama komputer ataupun konsol permainan anda untuk tujuan gaming.

Image from: PRISM+ Mengemaskini Siri TV Mini-LED, QLED+, dan LED TV Mereka Di Malaysia – Harga Bermula RM 1599

Siri televisyen pintar PRISM+ Quantum Edition yang terdiri daripada model QE55, QE65 dan QE75 pula adalah siri televisyen mampu-milik yang menggunakan panel VA dan hadir dengan resolusi 4K, sistem operasi Android dan sistem kecerdasan buatan terbina untuk menaiktarafkan kualiti visual kandungan yang ditonton.

Untuk model Prism+ QD Mini LED dan Ultra, kedua-dua siri televisyen ini hadir dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan sambungan HDMI 2.1 dan Variable Refresh Rate yang boleh dimanfaatkan oleh komputer gaming dan konsol permainan seperti Sony PlayStation 5 dan Xbox Series X dan Series S.

Image from: PRISM+ Mengemaskini Siri TV Mini-LED, QLED+, dan LED TV Mereka Di Malaysia – Harga Bermula RM 1599

Pra-tempahan untuk televisyen-televisyen ini dibuka di laman web Prism+ Malaysia bermula hari ini, pada harga-harga berikut:

  • PRISM+ QD Mini LED U65RM3699
  • PRISM+ QD Mini LED U55RM2799
  • PRISM+ Ultra Q85RM5999
  • PRISM+ Ultra Q75RM3699
  • PRISM+ Ultra Q65RM2699
  • PRISM+ Ultra Q55RM1899
  • PRISM+ Ultra Q43RM1499
  • PRISM+ QE75RM3399
  • PRISM+ QE65RM2299
  • PRISM+ QE55RM1599

Kesemua siri televisyen Prism+ AI TV 2026 Series ini hadir dikuasakan dengan sistem operasi Google TV. Pembelian melalui pra-tempahan akan hadir dengan langganan perkhidmatan penstriman video popular seperti langganan Viu selama 12 bulan bernilai RM88, langganan Durioo+ selama tiga bulan bernilai RM38.70 dan iQiYi Premium VIP sebulan bernilai RM24.90.