PRISM+ tawar diskaun lebih RM500 sempena pembukaan stor baru di Sunway Velocity

LocalTechnology
2 Dec 2024 • 4:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

PRISM+ telah mengumumkan promosi jualan menarik bersempena dengan pembukaan besar-besaran stor terbaru mereka yang bertempat di Sunway Velocity Mall, Cheras. Ketika promosi ini, PRISM+ menawarkan diskaun bernilai lebih RM500 untuk pelbagai produk mereka, dengan stor mereka telah pun dibuka untuk dikunjungi orang ramai bermula 30 November 2024.

Antara produk PRISM+ yang terlibat dalam promosi ini termasuk Google TV 32″-86″, monitor gaming dan produktiviti, soundbar serta kelengkapan rumah PRISM+ seperti penulen udara Aura dan pendingin hawa pintar Luna. Bukan sahaja ada banyak produk dipamerkan, tetapi pengunjung yang hadir juga boleh melihat demonstrasi langsung integrasi produk kelengkapan rumah PRISM+ dengan aplikasi pintar PRISM+.

Promosi untuk 50 pelanggan pertama sempena pembukaan stor PRISM+ di Sunway Velocity Mall

Sementara itu, PRISM+ turut menyediakan tawaran eksklusif PRISM+ kepada 50 pelanggan pertama di stor mereka di Velocity Mall untuk produk seperti berikut:

Google TV

  • S43 43″ Google TV – RM1,349 RM899
  • Q55 Ultra 55″ 4K QLED Google TV – RM2,299 RM1,699 (jika bayar dengan Atome)
  • Q65-QE 65″ 4k Google TV – RM2,899 RM1,999 (jika bayar dengan Atome)

Monitor

  • W240V 24″ Productivity Monitor – RM399 RM249
  • X270 27″ 180Hz Curved Gaming Monitor – RM1,099 RM549
  • X340 Pro 100Hz 34″ Ultrawide Curved Monitor- RM1,499 RM999

Pengarah PRISM+ Malaysia, Eric Kam berkata, “kami gembira untuk secara rasmi mengumumkan kehadiran stor di Kuala Lumpur, membawakan rakyat Malaysia pelbagai rangkaian elektronik berkualiti tinggi, kelengkapan elektronik rumah mampu milik, peralatan pintar dan teknologi canggih”.

Tambah Eric, “Stor baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk membawakan inovasi dan nilai berbaloi, menjadikan teknologi canggih dan pintar boleh diakses lebih banyak isi rumah. Dalam masa sama, Eric turut menjemput orang ramai untuk hadir dan menerokai stor baharu PRISM+ ini, tidak kira sama anda anda membeli barangan atau saja ingin melihat.

Kalau berminat dengan promosi ini, anda boleh kunjungi ke lokasi stor baharu PRISM+ di Sunway Velocity Mall yang terletak di tingkat tiga bernombor Lot 3-80, 3-81 dan 3-82. Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook PRISM+ Malaysia.

Bacaan berkaitan