X Premium Kini Boleh Dilanggan Dengan 40% Diskaun Dan Diberikan Sebagai Hadiah

TechnologyDigital
28 Nov 2024 • 5:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak pasti tidak ramai yang melanggan atau apa, X baru-baru ini sekali lagi menawarkan diskaun menarik untuk langganan pelan-pelan Premium mereka. Dengan diskaun ini, anda tidak lagi perlu membayar harga penuh kerana boleh mendapatkan potongan sehingga 40%.

image is not available

Menariknya, berbeza dengan promosi pada bulan lepas yang terhad pada laman web – penawaran baharu ini turut boleh didapatkan pada telefon pintar dengan pembayaran Google Play Store atau Apple App Store. Promosi ini walau bagaimanapun terhad kepada pelan tahunan Premium dan Premium+ sahaja.

image is not available

Diskaun ini akan tamat pada 2 Disember. Jika anda berminat, berikut adalah harganya;

Langganan Web Setahun

  • Premium – RM221.40 (RM18.45 sebulan) berbanding RM369
  • Premium+ – RM442.80 (RM36.90 sebulan) berbanding RM738

Langganan Aplikasi Setahun

  • Premium – RM311.94 (RM26 sebulan) berbanding RM519.90
  • Premium+ – RM695.99 (RM58 sebulan) berbanding RM1,159.99

image is not available

Kemudian, Elon Musk turut mengesahkan yang pelan langganan X Premium kini turut boleh dihadiahkan kepada pengguna lain. Dengan cara ini, jika anda menerimanya anda tidak lagi perlu risau akan komitmen membayar langganan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved