PRK DUN Pelangai: Majoriti BN berkurangan kerana fitnah, pelbagai isu

Politics
9 Oct 2023 • 4:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa majoriti berkurangan yang diperoleh parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Sabtu lepas adalah disebabkan fitnah dan pelbagai isu yang dilemparkan terhadap calonnya.

“Dalam PRK mana pun, mana-mana calon pun jika mereka diterjah dengan pelbagai fitnah dan isu, pasti situasi itu akan menyebabkan majoriti terjejas.

“Namun yang penting ialah kemenangan itu bukan kemenangan yang kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Halal On Track di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majoriti diperoleh BN dalam PRK DUN Pelangai yang telah berkurangan 50 peratus berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) November tahun lepas.

Pada PRK DUN Pelangai Sabtu lepas, calon BN Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi setelah memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menafikan pengurangan majoriti hampir separuh berbanding PRU lepas itu memberi gambaran sokongan terhadap BN semakin berkurangan.

Beliau seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua parti komponen Kerajaan Perpaduan, kepimpinan BN negeri dan bahagian serta pengundi yang membantu parti itu mempertahankan kerusi DUN Pelangai.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved