PRK: Pemandu bas kilang ditahan rosakkan poster parti politik

1 Sep 2023 • 7:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan seorang lelaki tempatan pada awal pagi Jumaat, kerana disyaki merosakkan poster sebuah parti politik.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemandu bas kilang berusia 62 tahun itu ditahan sepasukan anggota 'Team Cantas' Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor di Skudai Kiri, Tampoi sekitar jam 5.35 pagi.

"Penahanan dibuat susulan laporan yang diterima Polis Daerah Johor Bahru Utara pada Selasa berhubung poster sebuah parti politik yang dipasang di kawasan Tampoi telah dirosakkan menggunakan senjata tajam.

"Hasil risikan dan maklumat, suspek berjaya ditahan rampasan membabitkan sehelai bendera parti politik, sebilah pisau mata gergaji, sebuah 'dashoard' kamera, sebuah bas kilang dan telefon bimbit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kamarul Zaman memberitahu suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau kini direman selama empat hari bermula Jumaat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Semua parti dan penyokong dinasihatkan agar menghormati satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster atau kain rentang.

Selain itu, sebarang perbuatan khianat terhadap harta benda parti politik juga dilarang.

Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang melanggar undang-undang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved