PRN: BN Kelantan tampil calon muda, muka baharu demi perubahan

Politics
27 Jul 2023 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Abd Rahim

KOTA BHARU - Langkah Barisan Nasional (BN) Kelantan menampilkan begitu ramai calon muda dan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang membuktikan UMNO tekad mahukan perubahan.

Mereka antaranya, calon Kuala Balah, Mohd Yamiin Anuar Mat Zain, Muhammad Fakhran Che Jusoh @ Yusoff (Pulai Chondong), Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin (Gaal) dan Zuhairi Zakaria (Gual Ipoh).

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, UMNO yang juga rakan kerjasama parti itu cuba membuka lambaran baharu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Menurut beliau, dalam senarai calon itu, hanya seorang sahabatnya daripada UMNO yang dikira veteran iaitu Datuk Mohd Adhan Kechik dikekalkan untuk bertanding di DUN Bukit Bunga dan empat lagi calon ialah penyandang termasuk tiga di Gua Musang.

“Selainnya, UMNO mengemukakan calon-calon baharu dan orang muda seperti di DUN Jelawat walaupun berusia lebih 50 tahun, tetapi pertama kali masuk pertandingan.

“Ini adalah satu pakej yang disediakan untuk pengundi di Kelantan bagi melihat perubahan besar dalam UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Bicara Kenaf LKTN di Jalan Kebun Sultan di sini pada Khamis.

Sebelum itu, BN Kelantan membuat kejutan apabila mengetepikan nama besar untuk memberi laluan kepada muka-muka baharu dalam usaha menawan serambi Makkah pada PRN 12 Ogos ini.

Pengumuman calon yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat lalu itu menyaksikan tiada lagi kelibat Datuk Alwi Che Ahmad (Kok Lanas), Datuk Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah) dan Bakri Mustapa (Gua Ipoh).

ARTIKEL BERKAITAN: