PRN: Tiada nama Annuar Musa di Kelantan

Politics
27 Jul 2023 • 11:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Annuar Musa

KOTA BHARU - Nama Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa tiada dalam senarai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Perkara itu terjawab selepas nama bekas Setiausaha Agung UMNO itu tidak diumumkan pada Majlis Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis

Sebelum itu media melaporkan nama Annuar turut melepasi senarai tapisan Majlis Syura Ulamak tetapi tidak tercalon untuk PRN Kelantan.

Annuar yang dipecat dari UMNO telah menyertai Pas pada 10 Jun lalu.

Beliau dikatakan akan menjadi calon DUN Kok Lanas, bagaimanapun kerusi tersebut diberikan kepada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

ARTIKEL BERKAITAN: