PRN: Calon Machang Bubok pengsan di pejabat

6 Aug 2023 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khai Loon (kanan) beramah mesra dengan penduduk di Machang Bubok. - Foto Facebook Khai Loon

GEORGETOWN - Calon kerusi Machang Bubok, Lee Khai Loon didapati tidak sedarkan diri di pejabatnya pada tengah hari Ahad.

Beliau dari Parti Keadilan Rakyat merupakan penyandang bagi kerusi berkenaan.

Kejadian tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebooknya pada jam 12.30 tengah hari dengan sekeping gambar memaparkan Khai Loon sedang terbaring dan dibantu oleh pembantunya.

Menerusi keterangan gambar itu, semua program Khai Loon yang dirancang sepanjang Ahad dibatalkan susulan kejadian berkenaan.

Pengesahan rasmi mengenai kejadian berkenaan belum diperolehi.

AKAN MENYUSUL

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved