PRN Johor: Amanah pertahan pilih Sharon Teo, bukan calon payung terjun

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Amanah pertahan pilih Sharon Teo, bukan calon payung terjun
Muhammad Faiz Fadzil (kanan) dan Sharon Teo

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan pencalonan Sharon Teo dibuat dengan penuh teliti oleh Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu selepas melalui beberapa proses tapisan dan mesyuarat.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Sharon Teo bukanlah calon payung terjun memandangkan beliau bergiat aktif dengan parti sejak 2018.

Menurutnya, calon Pakatan Harapan (PH) (kuota Amanah) itu juga pernah menyandang jawatan Penolong Setiausaha Amanah Negeri Johor pada tahun 2021 hingga 2023 dan kemudian dilantik sebagai Ketua Wanita Muda (Warda) Amanah Negeri Johor sejak 2023.

“Amanah yakin dengan kemampuan Sharon Teo sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas yang merupakan anak jati Johor serta bagi membuktikan citra Amanah yang mahu mengangkat suara golongan muda serta wanita dalam persada politik Malaysia.

“Oleh itu, Amanah Kawasan Pasir Gudang (Amanah Kawasan) dinasihatkan agar merapatkan saf dan memberikan tumpuan bagi membantu jentera parti dalam memastikan kemenangan PH di DUN Permas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, beberapa ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Kawasan mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan bantahan terhadap pencalonan Sharon Teo sebagai calon PH (kuota Amanah) bagi kerusi DUN N.43 Permas dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

Tambah Muhammad Faiz, kemenangan dalam PRN Johor ini bukanlah untuk memenangkan calon atas kapasiti individu, tetapi untuk memastikan Amanah menyumbang satu kerusi kepada PH.

“Ia bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk di Johor,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved