PRN Johor: Amanah letak calon Cina di kerusi DUN Permas

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 12:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Amanah letak calon Cina di kerusi DUN Permas
Amanah Johor membuat kejutan apabila mempertaruhkan calon Cina, Sharon Teo atau Teo Siew Hui bagi kerusi DUN Permas untuk PRN Johor.

TANGKAK - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor membuat kejutan apabila mempertaruhkan calon Cina, Sharon Teo atau Teo Siew Hui bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau yang pernah menjadi memegang jawatan Penolong Setiausaha Amanah Johor dan Ketua Wanita Muda Amanah (WARDA) Johor itu juga merupakan satu-satunya calon bukan Islam dan bukan Melayu yang mewakili parti berkenaan.

Sharon yang merupakan anak didik bekas Timbalan Presiden Amanah, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pencalonannya menepati konsep Rahmatan lil alamin iaitu Islam adalah rahmat untuk semua.

"Amanah sebenarnya adalah parti pelbagai kaum untuk semua, kita bawa satu konsep iaitu Rahmatan lil alamin," katanya ketika ditemui dalam Majlis Pengumuman Calon PH oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Bukit Gambir di sini, pada malam Isnin.

Beliau berazam untuk meneruskan kesinambungan dan legasi yang pernah dilakukan Salahuddin semasa menjadi Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.

Menurutnya, pendekatan tersebut akan dipraktikkan di DUN Permas semasa berkempen nanti.

"Masa saya pergi walkabout jumpa pengundi di Permas, antara masalah dibangkitkan adalah kesesakan trafik, ini adalah satu isu yang sangat besarlah.

"Setiap pengundi yang saya jumpa mereka akan bawa isu ini. Saya akan cuba selesaikan kesesakan di Permas Jaya. Ini saya punya keutamaanlah selain kebajikan penduduk," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved