PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 10:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu kempen calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, dilihat mendapat sambutan luar biasa dan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau menyaksikan sendiri reaksi positif itu ketika mengiringi Perdana Menteri menghadiri dua program kempen di Senggarang dan Semerah dalam daerah Batu Pahat, baru-baru ini.

“Saya lihat reaksi masyarakat, malah ada juga reaksi spontan. Di Senggarang, ada seorang warga emas mengayuh beca sambil membawa isterinya semata-mata untuk bertemu dengan Perdana Menteri,” katanya.

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH ditemui pemberita selepas melawat Pusat Operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sempena PRN Johor, pada Selasa.

Ketua Penerangan PKR itu berkata, sambutan berkenaan mencerminkan minat serta penerimaan masyarakat terhadap naratif kempen yang dibawa gabungan itu sepanjang tempoh PRN kali ini.

“Memang kita lihat ramai yang menunggu, menanti dan ingin bertemu. Kita percaya keadaan ini akan dapat diterjemahkan sama ada dari segi sokongan ataupun setidak-tidaknya minat terhadap apa yang sedang berlaku iaitu PRN,” ujarnya.

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Pada Sabtu dan Ahad lepas, Perdana Menteri menghadiri 15 program di seluruh negeri bagi memperhebat kempen PH selain memberikan semangat serta dukungan kepada calon dan jentera parti.

Image from: PRN Johor: Kehadiran Anwar bantu kempen dapat sambutan luar biasa – Fahmi

Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara keseluruhan, sebanyak 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi pada hari pengundian yang ditetapkan Sabtu ini manakala pengundian awal berlangsung semalam.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved