PRN Johor: Senarai calon BN sudah peringkat akhir

LocalPolitics
14 Jun 2026 • 1:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Senarai calon BN sudah peringkat akhir
Ahmad Zahid (tengah) menyertai Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaulhusna 2026 di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn Johor Bahru.

 

JOHOR BAHRU - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini sudah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, senarai calon BN untuk PRN Johor akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon pada 27 Jun.

"Nanti kita akan umumkan (tarikh). Senarai sudah di peringkat yang sangat terakhir sekarang ini," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaulhusna 2026 di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi BN Negeri Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ditanya mengenai peratusan calon muka baharu dan lama, Ahmad Zahid berkata, semuanya hanya akan diumumkan selepas senarai calon itu sudah dimuktamadkan.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh bagi penamaan calon PRN Johor adalah pada 27 Jun ini, manakala hari pengundian Awal pada 7 Julai dan 11 Julai pula ditetapkan untuk hari nengundi.