PRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 10:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal
Pegawai polis tiba di Dewan Serbaguna IPK Melaka bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Selasa.
Image from: PRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Dr Azmi Sharom tiba meninjau proses pengundian di IPK Melaka.
Image from: PRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal
Delegasi SPR tiba bagi meninjau proses pengundian awal membabitkan lebih 800 anggota dan pegawai polis di IPK Melaka.

HANG TUAH JAYA - Seramai 12,214 pengundi awal terdiri daripada 2,445 anggota polis dan 9,769 anggota tentera terlibat dalam proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Selasa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, jumlah itu membabitkan 19 pusat pengundian awal di seluruh negeri, iaitu 12 pusat bagi polis dan tujuh pusat bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut beliau, seramai 817 pengundi awal dijangka menunaikan tanggungjawab di pusat pengundian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, manakala selebihnya di pusat pengundian lain.

**media[3705206]**

"Sejak awal pagi ramai yang datang mengundi dan ada yang mula beratur seawal jam 7.30 pagi.

"Setakat tinjauan dibuat, dianggarkan 200 hingga 300 orang sudah selesai mengundi dan kita jangka 100 peratus anggota akan keluar mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi di Dewan Serbaguna, IPK Melaka di sini.

Mengulas persediaan menghadapi hari pengundian pada Sabtu ini, Dzulkhairi berkata, seramai 3,332 anggota polis akan dikerahkan bagi memastikan keselamatan di semua pusat mengundi terjamin.

**media[3705210]**

Tambahnya, pasukan Cantas turut digerakkan bagi menangani sebarang kekecohan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

"Untuk Sabtu ini, penyokong parti diminta supaya menjaga tingkah laku dan adab serta mengikut undang-undang.

"Kita semua orang ada hak masing-masing, jangan ada paksaan serta ugutan dan undilah dalam keadaan yang aman," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved