PRN Melaka: Sukar berjalan, Sarjan Rohayu gagahkan diri laksanakan tanggungjawab

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Sukar berjalan, Sarjan Rohayu gagahkan diri laksanakan tanggungjawab
Rohayu berkerusi roda dibantu rakan setugas hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Pusat Mengundi IPK Melaka pada Selasa.
Image from: PRN Melaka: Sukar berjalan, Sarjan Rohayu gagahkan diri laksanakan tanggungjawab
Rohayu (kiri) dan Mohd Abdah selesai membuang undi di Pusat Mengundi IPK Melaka pada Selasa.

HANG TUAH JAYA – Kesukaran berjalan selepas menjalani pembedahan sista dan fibroid tidak menghalang seorang anggota polis daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Selasa.

Sarjan Rohayu Samsudin, 41, berkata, rasa tanggungjawab sebagai rakyat mendorongnya untuk hadir mengundi walaupun masih dalam tempoh cuti sakit sehingga Disember depan.

Menurutnya, dia menjalani pembedahan pada 21 Oktober lalu yang menyebabkan pergerakannya terbatas selain tidak mampu berdiri terlalu lama.

"Rasa tanggungjawab itu yang membuatkan saya tetap mahu datang mengundi. Saya hubungi rakan untuk mengambil saya dan urusan mengundi juga agak mudah, tidak sampai lima minit.

"Saya cuma tidak boleh berdiri terlalu lama dan agak sukar untuk berjalan," katanya ketika ditemui di sini.

**media[3705468]**

Rohayu berkata, beliau mahu memastikan tanggungjawab demokrasi itu terus dilaksanakan meskipun berdepan cabaran kesihatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Persenjataan Unit Pemusnahan Bom, Asisten Superintenden Mohd Abdah Jalaluddin berkata, pengalaman mengundi awal buat kali ketiga berjalan lancar dengan kemudahan laluan yang disediakan bagi memudahkan pergerakan pengundi.

"Perjalanan hari ini lancar. Saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebagai warga PDRM, nilai integriti, amanah dan kematangan perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam melaksanakan setiap tanggungjawab," katanya.

Proses pengundian awal PRN Melaka kali ini membabitkan 12,561 anggota keselamatan, terdiri daripada 9,769 anggota tentera dan 2,792 anggota polis, di 31 pusat mengundi yang melibatkan 50 saluran mengundi di seluruh negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved