PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon
Anthony

MELAKA - Keputusan DAP tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat berdasarkan pertimbangan strategik parti itu yang melihat kerusi berkenaan sukar dimenangi.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu yang menyaksikan DAP hanya menduduki tempat ketiga di kerusi berkenaan.

Menurutnya, Bemban merupakan satu-satunya kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya lalu yang menyaksikan parti itu berada di kedudukan ketiga, berbanding kerusi lain yang gagal dimenangi tetapi memperoleh tempat kedua.

“Pertamanya, ini adalah keputusan strategik parti. Kita menilai mana-mana kerusi yang ditandingi berdasarkan kebolehan untuk menang.

“Kita telah menilai kerusi Bemban itu memang sukar untuk dimenangi pada pilihan raya kali ini.

“Jadi, kita mengambil kira kebolehmenangan dan mahu memastikan kekuatan, sumber serta fokus kita diberikan kepada kerusi-kerusi yang boleh dimenangi,” ketika mengulas bantahan keras pemimpin DAP di DUN berkenaan susulan keputusan parti itu tidak meletakkan calon di Bemban, yang didakwa memberi laluan kepada Bersatu.

Beliau ditemui pada Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Jalan Lingkaran MITC, di sini pada Isnin.

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, keputusan untuk bertanding di tujuh kerusi sahaja pada PRN kali ini, termasuk empat kerusi penyandang, dibuat bagi memastikan seluruh kekuatan parti dapat ditumpukan kepada kawasan yang mempunyai peluang lebih cerah untuk dimenangi.

Katanya, ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli susulan keputusan pemilihan kerusi merupakan perkara biasa dalam sesebuah parti politik.

“Apabila keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti, sudah tentu ada alasan dan pertimbangannya.

“Saya berharap semua pihak dan ahli dapat menerima keputusan yang telah dibuat serta memberikan sokongan penuh kepada calon-calon parti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved