PRN Melaka: BN muktamad kerjasama dengan Pas, bertanding 21 kerusi

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 10:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: BN muktamad kerjasama dengan Pas, bertanding 21 kerusi
Ahmad Zahid beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada program Melaka Bermunajat pada Rabu.
Image from: PRN Melaka: BN muktamad kerjasama dengan Pas, bertanding 21 kerusi
Zahid (tiga dari kiri) dan Ab Rauf (dua dari kiri) hadir pada program Melaka Bermunajat pada Rabu

MELAKA – Barisan Nasional (BN) mengesahkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan mengenai pengagihan kerusi antara kedua-dua pihak telah dimuktamadkan.

Menurut beliau, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas bersama rakan gabungannya akan bertanding di tujuh kerusi.

“Perundingan antara BN dan Pas khususnya telah dimuktamadkan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi dan Pas bersama rakan-rakan mereka akan bertanding di tujuh kerusi,” katanya.

**media[3685525]**

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Zahid berkata, BN akan menggunakan logo sendiri pada PRN berkenaan, manakala keputusan berkaitan penggunaan logo Pas diserahkan kepada kepimpinan parti itu untuk diputuskan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan BN akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada 24 Oktober ini.

Menurutnya, pengumuman tersebut akan dibuat selepas semua proses penilaian dan perbincangan di peringkat parti dimuktamadkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved