PRN Melaka: BN muktamad rundingan dengan Pas, bertanding 21 kerusi

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 11:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: BN muktamad rundingan dengan Pas, bertanding 21 kerusi

ALOR GAJAH – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi, manakala Pas dan rakan sekutunya di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan selepas rundingan antara parti berkenaan dimuktamadkan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan politik itu akan menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya berkenaan, manakala keputusan mengenai penggunaan logo bagi Pas dan rakan sekutunya diserahkan kepada kepimpinan mereka.

“BN akan bertanding menggunakan logo BN. Mereka (Pas dan sekutunya) terserah kepada kepimpinan mereka untuk memutuskannya,” katanya selepas menghadiri program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah di sini malam ini.

Beliau berkata, BN akan mengumumkan calon bagi PRN Melaka, Sabtu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pada 14 November depan sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka. manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

PRN Melaka pada 2021 menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan meraih lima kerusi dan Perikatan Nasional memperoleh dua kerusi. – BERNAMA

The post PRN Melaka: BN muktamad rundingan dengan Pas, bertanding 21 kerusi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved