PRN Melaka: Calon BERSAMA Dakwa Bendera Parti Dibakar, Gesa Ambil Tindakan Terhadap Individu Lakukan Khianat [Video]

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 10:23 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

PRN Melaka: Calon BERSAMA Dakwa Bendera Parti Dibakar, Gesa Ambil Tindakan Terhadap Individu Lakukan Khianat [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar mendakwa ada individu yang cuba mencetuskan provokasi dengan membakar bendera partinya yang terletak berhampiran jambatan Jalan Bukit Rambai, Melaka.

‘Budaya Bakar Bendera Harus Dihentikan!’ – Abdul Rashid

Bukan sahaja bendera dibakar, malah hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati beberapa tiang bendera turut dipatahkan.

Abdul Rashid mendakwa, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti terbabit antara jam 4 pagi hingga 7 pagi kelmarin (1 November).

Kecewa dengan perkara itu, calon BERSAMA tersebut memohon orang ramai agar menghentikan budaya membakar bendera parti-parti sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung.

“Apa salah bendera ni hingga dibakar begini ya? Budaya begini harus dihentikan! Yang tukang bakar ni mesti tahu dimana lokasi bendera ini kan,” soalnya dengan sinis.

Abdul Rashid Buat Laporan Polis, Harap Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku

Justeru, dia telah tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam semalam (2 November) dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan bendera parti berkenaan.

“Susulan kejadian ini, BERSAMA meminta polis menjalankan siasatan terperinci, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang melakukan perbuatan khianat ini supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya, dipetik Berita Harian.

“Walaupun Bendera Dibakar, Insya-Allah Tak Lemahkan Semangat BERSAMA” – Abdul Rashid

Namun beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook menegaskan bendera yang dibakar itu tidak akan sama sekali melemahkan semangat parti itu untuk terus bertanding bagi PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 14 November.

“Tak apa, walaupun bendera dibakar, kita jalan terus. Insya-Allah tidak melemahkan semangat BERSAMA,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Melaka Memilih! Semak Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16

Baca Artikel Berkaitan: PRN Melaka: Senarai Calon BN & PH Setakat Ini

Calon BERSAMA Dakwa Bendera Dicabut Di Alor Gajah, Mohon Semua Parti Berkempen Secara Matang

Sementera itu, dia juga mendakwa terdapat satu lagi kejadian sama membabitkan kerosakan bahan kempen BERSAMA berlaku di Alor Gajah. Abdul Rashid mendakwa ada bendera yang dipasang dengan permit telah dicabut oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan telah selesai secara baik selepas bendera terbabit dipasang semula di tempat asalnya.

Beliau turut menyeru semua parti yang bertanding pada PRN Melaka supaya berkempen secara matang dan sihat serta mematuhi undang-undang demi mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam.

“Sabotaj dan provokasi melampau tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi. Sebaliknya, kempen perlu berlangsung secara aman dan berintegriti,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Melaka: Calon UMNO-BN Perlu Aktif Media Sosial, Kata Ahmad Maslan

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Polis Buka 25 Kertas Siasatan, Terima 90 Laporan – KPN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved