Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 5:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja
Abdul Rashid (tiga dari kanan) membuat laporan polis pada Isnin.
Image from: Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja
Bendera Bersama didakwa dibakar dengan sengaja dipercayai menggunakan pemetik api.

MELAKA - Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.

Menurutnya, hasil pemantauan di lokasi kejadian berhampiran jambatan jalan Bukit Rambai mendapati beberapa bahan kempen termasuk tiang bendera dipatahkan dan salah satu bendera dibakar.

**media[3697536]**

“Susulan kejadian ini, Bersama mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan terperinci, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang melakukan perbuatan khianat ini bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada Isnin.

Katanya, Bersama turut menyeru semua pihak yang terlibat dalam PRN Melaka kali ini, khususnya parti-parti yang bertanding, supaya bersaing secara sihat dan matang serta menghormati lunas undang-undang demi memelihara keharmonian, keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

“Terdapat juga satu insiden kerosakan bahan kempen di Alor Gajah apabila bendera dicabut walaupun telah mendapat permit pemasangan, namun perkara itu diselesaikan secara baik selepas pihak yang melakukannya memasang semula bendera berkenaan.

“Bersama menegaskan bahawa tindakan sabotaj serta provokasi melampau tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi, sebaliknya kempen perlu berlangsung secara aman dan berintegriti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved