PRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbir

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 9:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbir
Ketibaan Azman disambut meriah dengan persembahan tarian singa, pukulan gendang serta sorakan daripada penyokong.

TANGGA BATU - Ketibaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin disambut meriah dengan persembahan tarian singa, pukulan gendang serta sorakan daripada penyokong.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri itu tiba di Pusat Penamaan Calon di Stadium Hang Jebat di sini, pada jam 8.40 pagi, diiringi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) menerusi Pas mempertaruhkan Rafie Ahmad, 58, tiba di pusat penamaan calon berkenaan pada jam 8.50 pagi.

Suasana bertukar riuh apabila penyokong PN melaung takbir 'Allahuakbar' ketika mengiringi calon mereka.

Proses penamaan calon bermula pada jam 9 pagi dan calon diberi tempoh sejam untuk mengemukakan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya membuat semakan terhadap semua dokumen yang diterima.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved