PRN Melaka: Empat sekeluarga jalan kaki 2km ke pusat mengundi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 12:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Empat sekeluarga jalan kaki 2km ke pusat mengundi
Wei Kang (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Rendah Agama Seri Duyong.

KOTA MELAKA - Tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, seorang pengundi muda bersama tiga ahli keluarganya sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer dari kediaman mereka di Taman Desa Duyong untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Pua Wei Kang, 25, berkata, mereka sekeluarga tiba di Sekolah Rendah Agama Seri Duyong kira-kira jam 8 pagi bagi membuang undi.

Menurutnya, keputusan untuk berjalan kaki dibuat bagi mengelakkan kesesakan di sekitar pusat mengundi.

Selainnya, tiga ahli keluarga yang turut serta ialah ibunya, Gan Lay Kaw, 58, abangnya, Pua Wei Seng, 30, dan kakaknya, Pua Chiau Bing, 27.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi

PRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasi

PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan

Wei Kang berkata, ini merupakan kali kedua dia mengundi, namun pengalaman pertama menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya rasa bangga dapat tunaikan tanggungjawab mengundi. Saya harap Melaka akan ada masa depan yang lebih baik, lebih banyak kemudahan disediakan dan rakyat hidup gembira serta sejahtera.

“Saya tidak kisah siapa yang menang, asalkan mereka dapat buat yang terbaik untuk Melaka,” jelasnya.

Dia turut berharap Melaka terus maju dan kekal aman dengan rakyat pelbagai kaum hidup dalam suasana bersatu padu.

“Melaka kita mesti maju dan sentiasa aman. Tidak kira apa kaum sekalipun, kita semua mesti bersatu padu.

“Selepas itu, kita bangkitkan Melaka bersama-sama dengan Malaysia,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved