PRN Melaka: HARAPAN maksimum gerak kerja, fokus kerusi berpotensi menang

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 1:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PRN Melaka: HARAPAN maksimum gerak kerja, fokus kerusi berpotensi menang

BUKIT KATIL, 10 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Melaka akan memaksimumkan gerak kerja kempen bagi memastikan kemenangan di kerusi yang mempunyai peluang cerah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata baki beberapa hari kempen perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan menggerakkan jentera parti untuk mendekati pengundi, selain mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.

Jelas beliau, HARAPAN memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan lima kerusi dimenangi sebelum ini, termasuk Bukit Katil, selain melihat peluang meraih kemenangan di beberapa kerusi lain seperti Machap Jaya dan Paya Rumput.

“Kita tidak tumpu sama ada nak tawan atau tidak (Melaka). Fokus kita mesti pergi kepada garis kemenangan kerana kita tahu ada lima kerusi yang perlu dipertahankan termasuk di Bukit Katil.

“Kita juga ada kerusi DUN yang mempunyai peluang cerah seperti Machap Jaya dan Paya Rumput. Jadi, gerak kerja mesti maksimum untuk menyantuni rakyat, mendengar masalah mereka dan kalau boleh kita terus selesaikan kerana agensi dan kerajaan Persekutuan masih berfungsi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program takraw bersama anak muda di Taman Kampungku Sayang di sini, semalam.

Dalam pada itu, Adly berkata, empat kerusi yang ditandingi DAP turut dianggap sebagai kerusi berpotensi untuk dikekalkan berdasarkan sokongan masyarakat serta prestasi khidmat wakil rakyat.

“Empat kerusi DAP merupakan kerusi-kerusi selamat. Dengan sokongan masyarakat dan paling penting adalah khidmat wakil rakyat itu.

“Semua wakil rakyat yang sama dan dilanjutkan menunjukkan bahawa prestasi mereka ini agak baik. Bagi saya di Melaka ini yang paling penting,” katanya.

Pada PRN Melaka, HARAPAN bertanding di 24 kerusi DUN, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP masing-masing tujuh kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bertanding di 10 kerusi.

Pada PRN Melaka 2021, HARAPAN memenangi lima daripada 28 kerusi DUN, dengan DAP memperoleh empat kerusi dan Amanah satu kerusi, manakala KEADILAN gagal memenangi sebarang kerusi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved