
PUTRAJAYA – Isu moral membabitkan pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, baru-baru ini dilihat bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Pahang, Kampus, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, walaupun direhatkan daripada sebarang aktiviti politik parti selama tiga bulan, namun isu membabitkan Nik Nazmi dilihat menjejaskan corak strategi kempen parti tersebut.
“Walaupun pimpinan lain cuba untuk mengalihkan isu dengan menekankan agenda lain termasuk skandal mafia korporat, namun topik melibatkan tangkapan khalwat Nik Nazmi tetap terpahat di minda pengundi.
“Buat masa ini, adalah lebih baik Bersama untuk menjalani tempoh bertenang dan cuba bermuhasabah diri mengenai apa yang diperjuangkan parti itu kerana imej pimpinan parti telah tercemar dengan teruk sehingga meningkatkan potensi calon,” katanya hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Ariff berkata, politik di Malaysia lebih mementingkan isu moral daripada hal-hal lain kerana tanpa integriti yang kuat, mana-mana pemimpin akan tersungkur dengan mudah dan mengambil masa yang lama untuk kembali kuat. – KOSMO! ONLINE
The post PRN Melaka: Isu moral, integriti Nik Nazmi jadi liabiliti 15 calon Bersama appeared first on Kosmo Online.





