PRN Melaka: “Janganlah dimasukkan sekali rakyat…” – Dira terkilan dengan tindakan pihak lawan

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 6:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan parti lawan membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan premis dan aset kerajaan untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik Astro Awani, Khaidirah atau lebih dikenali sebagai Dira mendakwa tindakan tersebut turut memberi kesan kepada penduduk yang menerima sumbangan daripada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

“Saya terkilan dengan tindakan parti lawan kerana yang bertanding adalah kita berdua, janganlah dimasukkan sekali rakyat.
“Mereka menyusahkan rakyat yang mahu menerima sumbangan dengan niat yang baik. Akhirnya, mereka terpaksa berhadapan dengan satu proses yang mungkin nampak ringkas tetapi sebenarnya agak membebankan,” katanya ketika ditemui selepas program Walkabout Taman Seri Merayong pada Selasa.
Khaidirah ketika ditemui selepas Walkabout Taman Seri Merayong pada Selasa. - Gambar Astro AWANI

Kredit Foto: Astro Awani

Bagaimanapun, Dira menjelaskan laporan polis berkenaan tidak menjejaskan momentum kempennya kerana beliau tetap memberi tumpuan untuk bertemu pengundi dan menyampaikan tawaran kepada masyarakat.

“Cuma apa yang lebih saya terkilan, apabila tindakan seperti ini mungkin memberi kesan kepada masyarakat, khususnya mereka yang menerima bantuan. Jangan sampai perkara yang berlaku ini menyusahkan rakyat atau menyebabkan mereka terpaksa melalui proses yang membebankan,” jelasnya.

Image from: PRN Melaka: “Janganlah dimasukkan sekali rakyat…” – Dira  terkilan dengan tindakan pihak lawan

Terdahulu, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjelaskan kehadiran Dira di Kompleks Japerun Rim adalah bagi meninjau kawasan pengundian pos, bukannya menggunakan premis kerajaan untuk berkempen.

Penjelasan itu dibuat berdasarkan maklumat awal yang diterima Ab Rauf berhubung tujuan kehadiran calon berkenaan di kompleks tersebut.

Sumber: Astro Awani (Syafiqa Azami)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved