Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar, susulan dakwaan menggunakan premis dan jentera kerajaan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail, laporan itu dibuat oleh wakil PH di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Isnin (2 November).
Dira Abu Zahar calon BN di Melaka
Dakwaan tersebut timbul selepas Khaidirah menghadiri program penyampaian sumbangan sempena Deepavali yang melibatkan kira-kira 30 penerima di Kompleks Japerun Rim.
Siti Aishah mendakwa pihaknya telah menyerahkan bukti bergambar dan rakaman kepada polis, termasuk gambar bakul makanan yang mempunyai label Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
Kita juga dapati bakul makanan yang beliau berikan ada tertera tulisan MPJ (Majlis Perbandaran Jasin), maknanya itu aset (sumbangan) kerajaan.

Apa kes Dira Abu Zahar?
Beliau turut mendakwa beberapa pegawai MPJ memakai pakaian yang memaparkan wajah Naib Ketua UMNO Jasin itu sepanjang program berlangsung.
Dalam pada itu, Siti Aishah menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempertikaikan hak rakyat untuk menerima bantuan, namun mempersoalkan kemungkinan penggunaan kemudahan kerajaan bagi memberikan kelebihan kepada calon tertentu ketika tempoh berkempen.
PH turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan segera, telus dan bebas berhubung dakwaan berkenaan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan penggunaan premis kerajaan untuk tujuan berkempen. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, Khaidirah hadir ke kompleks tersebut bagi meninjau kawasan pengundian pos.
Polis Melaka turut mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berhubung dakwaan pengagihan sumbangan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DUN Melaka Dibubar Esok, Laluan PRN Ke-16 Kini Terbuka
The post BN Dun Rim, Dira Abu Zahar Guna Aset Kerajaan Ketika Berkempen? PH Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






![PRN Melaka: PH Buat Laporan Polis, Dakwa Calon BN DUN Rim Salah Guna Aset Kerajaan Semasa Berkempen [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/PRN-Melaka_-PH-Buat-Laporan-Polis-Terhadap-Dira-Selepas-Didakwa-Salah-Guna-Hak-Kerajaan-Untuk-Berkempen-Video.jpg?t=1793683943)