PRN Melaka: Kerjasama politik BN akan diputuskan dalam masa terdekat

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 8:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Kerjasama politik BN akan diputuskan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan membuat keputusan rasmi berhubung bentuk kerjasama politik di negeri ini selepas Pengerusinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selesai semua proses perbincangan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perbincangan kerjasama itu juga turut melibatkan barisan kepimpinan tertinggi BN di peringkat negeri Melaka.

Katanya, keputusan Kerjasama ini akan dibuat dalam masa terdekat.

“Daripada segi kerjasama, BN akan membuat keputusan berkenaan oleh Ahmad Zahid dan setelah kita mengadakan perbincangan di seluruh peringkat, khususnya melibatkan Barisan Nasional negeri Melaka.

“Keputusan Kerjasama akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita dalam majlis penutup Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti 2026 (URIIS 2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa Rabu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka.

Pada PRN Melaka ke-15, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Setakat ini, belum ada mana-mana parti memuktamadkan kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka ke-16.

The post PRN Melaka: Kerjasama politik BN akan diputuskan dalam masa terdekat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved