PRN Melaka: Negara biar kaya, bukan wakil rakyat! Kekayaan negara untuk kebajikan rakyat – Saifuddin

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 9:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kekayaan sesebuah negara sepatutnya dinikmati oleh rakyat, bukannya menjadi jalan untuk wakil rakyat atau menteri mengumpul harta peribadi.

Itu antara mesej yang disampaikan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengingatkan pemimpin mengenai tanggungjawab sebenar selepas menerima mandat melalui pilihan raya.

Menurut beliau, jawatan sebagai wakil rakyat hadir bersama amanah untuk menyelesaikan masalah masyarakat, selain memastikan hasil kekayaan negara disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Wakil rakyat bukan untuk diri jadi kaya. Negara kita kaya, ya. Wakil rakyat kerja untuk rakyat, biar negara jadi kaya, supaya boleh bagi dan jaga kebajikan segenap lapisan rakyat. Itu tujuan kita pilih wakil rakyat.
“Negara biar kaya, bukan wakil rakyat kaya, bukan menteri kaya. Dengan kekayaan itu, tolong kebajikan rakyat yang sakit, yang cacat, yang perlu bantuan, nelayan, penjaja kecil, penoreh getah, penanam padi, warga emas,” katanya.
Saifuddin (kiri) semasa menyampaikan ucapan pada Program Ceramah Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 pada Isnin. Foto Bernama

Kredit Foto: BERNAMA

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menyampaikan perkara tersebut dalam ceramah kelompok sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Bilik Gerakan Utama PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, malam Isnin.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh kepentingan memilih wakil rakyat yang mampu menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak berkuasa bagi mempercepatkan penyelesaian isu setempat.

Artikel lain: Dari ‘underdog’ ke kempen makin rancak, Mat Sabu yakin PH menang di Melaka

Pada majlis sama, Saifuddin memperkenalkan calon PH bagi DUN Kelebang, Farzana Hayani Mohd Nasir, 26, yang mempunyai pengalaman bertugas di Pejabat Perdana Menteri serta kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Beliau berpandangan bahawa latar belakang Farzana boleh membantu calon muda itu mendekati masyarakat pelbagai kaum, di samping membawa isu berkaitan kemudahan dan infrastruktur penduduk kepada pihak berkaitan.

“Kita fokus kenapa nak pilih wakil rakyat, bantu selesai masalah rakyat. Dia jadi penghubung dengan pemimpin yang boleh bantu selesai masalah rakyat. Itu cara kita uruskan kempen ini,” katanya lagi.

May be an image of one or more people, dais and text

Bagi perebutan kerusi DUN Kelebang, Farzana berdepan saingan tiga calon lain, iaitu penyandang Datuk Lim Ban Hong daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Young Jie Yu daripada Parti Bersama Malaysia.

Pengundian awal PRN Melaka berlangsung pada 10 November, manakala pengundi biasa dijadualkan menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 November ini.

Sumber: Sinar Harian 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved