PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Oktober

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 8:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Oktober
PH dijadual mengumumkan calon pada 24 Oktober depan.

MELAKA - Program pengumuman calon dan pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini ditangguhkan ke 24 Oktober depan.

Penangguhan itu mencetuskan persoalan apabila timbul dakwaan di media sosial bahawa perubahan tarikh berkenaan mempunyai kaitan dengan masalah mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi lokasi penganjuran program.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, seorang pengguna mendakwa beberapa lokasi yang dicadangkan PH untuk mengadakan program berkenaan ditolak PBT.

Pengguna itu turut mendakwa pemilik sebuah premis persendirian di Klebang yang dicadangkan sebagai lokasi program menerima panggilan daripada individu yang didakwa meminta supaya tempahan premis berkenaan dibatalkan.

Hantaran itu turut membangkitkan persoalan mengenai layanan terhadap parti politik pembangkang, dengan membandingkan situasi berkenaan dengan penggunaan Stadium Paroi di Negeri Sembilan oleh Barisan Nasional (BN) bagi penganjuran program pengumuman calon.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung penolakan permit dan campur tangan pihak tertentu itu belum dapat disahkan.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada beberapa pemimpin PH negeri berhubung dakwaan itu.

SPR sebelum ini menetapkan penamaan calon PRN Melaka pada 31 Oktober diikuti undi awal 10 November dan 14 November sebagai hari pengundian.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved