PRN Melaka: Penyokong BN, PN dilihat ‘sebumbung’ di Stadium Hang Jebat 

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 10:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Penyokong BN, PN dilihat ‘sebumbung’ di Stadium Hang Jebat 

MELAKA: Semangat penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terserlah apabila penyokong kedua-dua gabungan itu dilihat ‘sebumbung’, sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, hari ini.

Kehadiran penyokong BN dipercayai untuk memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad daripada Pas. 

Meskipun mempunyai latar belakang politik berbeza, penyokong kedua-dua gabungan itu dilihat bersama-sama dalam suasana mesra sambil membawa bendera parti masing-masing.

Malah, sebahagian penyokong turut mengambil kesempatan bergambar bersama sambil menyanyikan lagu parti UMNO, Bersatu Bersedia Berkhidmat. 

DUN Paya Rumput dijangka menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan Pakatan Harapan (PH), PN, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan calon Bebas.

Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan dimenangi Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN). 

Bagaimanapun, Rais bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN kali ini. -UTUSAN

The post PRN Melaka: Penyokong BN, PN dilihat ‘sebumbung’ di Stadium Hang Jebat  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved