Hamzah yakin nikmat penyatuan ummah dirasai di Melaka

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 5:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hamzah yakin nikmat penyatuan ummah dirasai di Melaka
Hamzah (tiga kiri) yakin nikmat penyatuan ummah dirasai pada PRN Melaka.

SHAH ALAM - Penyatuan UMNO, Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diyakini membawa nikmat kepada usaha memperkukuh penyatuan ummah.

Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penyatuan itu dizahirkan oleh ketiga-tiga parti berkenaan dengan menghayati doa mengenai penyatuan ummah.

"Alhamdulillah. Hari ini menjadi saksi kepada penyatuan yang kita semua dambakan. Saya yakin, insya-ALLAH nikmatnya akan dikecapi dalam PRN Melaka ini.

"Lebih menyentuh hati, bacaan doa yang dipimpin Pesuruhjaya Pas Melaka merangkap Ahli Parlimen Jasin, Datuk Zulkifli Ismail yang intipatinya mengenai penyatuan, dihayati dan diaminkan oleh semua (UMNO, Pas dan Wawasan)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Menurut Hamzah, kemanisan awal hasil penyatuan itu telah dirasai di Negeri Sembilan dan jalinan kerjasama berkenaan sedang diperkukuh.

Beliau berkata, tiada istilah terlambat untuk melakukan kebaikan, khususnya dalam usaha ke arah penyatuan ummah.

"Inilah Gelombang Biru Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Kemanisan awal sudah kita rasai di Negeri Sembilan, kini jalinan murni ini sedang kita perkukuhkan.

"Tugas kita berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh. Wawasan telah bertindak sebagai jambatan dan kini, tangan kita saling mengenggam antara satu sama lain.

"Insya-ALLAH akan memberikan sebaik-baik ganjaran ke atas usaha kita semua ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved