PRN Melaka: perbincangan senarai calon PH selesai lebih 95 peratus – Fahmi

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 8:02 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PRN Melaka: perbincangan senarai calon PH selesai lebih 95 peratus – Fahmi

Perbincangan calon PH bagi PRN Melaka selesai lebih 95 peratus, dengan pengumuman rasmi dijadualkan pada 24 Oktober, kata Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus, kata Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata pengumuman calon PH dijadualkan pada 24 Okt ini dengan lokasi akan diumumkan kemudian.

“Insya-Allah, calon-calon yang akan mewakili Pakatan Harapan akan diumumkan pada 24 Ok ini. Perbincangan di peringkat parti setakat ini, saya kira telah lebih 90 hingga 95 peratus selesai,” katanya ketika hadir sebagai tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga”, semalam.

Beliau berkata perbincangan senarai calon dimulakan di peringkat parti komponen PH sebelum parti yang bertanding di sesuatu kerusi boleh mengadakan rundingan dengan pihak lain, sekiranya perlu.

“Sekiranya mana-mana parti yang telah diberikan amanah untuk bertanding di sesuatu kerusi melihat ada kewajaran untuk berbincang dengan pihak lain, perkara itu terpulang kepada parti berkenaan, dan akhirnya keputusan muktamad akan dibuat di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata tarikh pengumuman calon yang pada asalnya dijadualkan hari ini dipinda kepada 24 Okt atas permintaan kepimpinan PH Melaka.

Beliau berkata perubahan tarikh itu bukan disebabkan masalah permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun isu lokasi program.

“Tidak… tarikh itu diubah dan diselaraskan semula atas permintaan beberapa pemimpin termasuk rakan-rakan Pakatan Harapan di negeri Melaka. 

“Jadi, kita selaraskan semula dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Pakatan Harapan dijangka hadir pada 24 Okt,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan program pengumuman calon dan pelancaran jentera PH bagi PRN Melaka ke-16 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini ditangguhkan.

Penangguhan itu mencetuskan persoalan apabila timbul dakwaan di media sosial bahawa perubahan tarikh berkenaan dikaitkan dengan masalah mendapatkan permit PBT bagi lokasi penganjuran program.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved