PRN Melaka: PN tentukan jumlah kerusi Wawasan

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 7:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: PN tentukan jumlah kerusi Wawasan

KOTA BHARU: Kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) diberi mandat untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi Parti Wawasan Negara (Wawasan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Wawasan Datuk Seri Hamzah Zainuddin semasa sidang media di sini sebentar tadi.

Menurut Hamzah, sebagai parti anggota PN, Wawasan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat berhubung agihan kerusi pada PRN itu nanti.

“Kita serahkan kepada Pengerusi PN (Datuk Seri Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar). Jangan ada banyak suara. Apa yang diputuskan, kita terima. Berapa bilangan kerusi yang kita dapat, tunggu pengumuman Setiausaha Agung PN (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Ini kerana Pengerusi PN memberi mandat kepada Setiausaha Agung untuk yang menguruskan perbincangan berhubung kerusi,” kataya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Media semalam melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan rundingan dengan Pas bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimuktamadkan.

Menerusi rundingan itu, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas dan ‘rakan-rakannya’ akan bertanding di tujuh kerusi.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Larut memberitahu, pihaknya masih mempertimbangkan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka.

Katanya, tindakan membawa isu berkenaan ke mahkamah selepas menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menunjukkan keyakinan Wawasan terhadap lambang PN.

“Kalau boleh kita mahu guna lambang PN. Sebab itu bila kita dapat surat daripada ROS, kita terus bawa isu ini ke mahkamah.

“Ini menunjukkan kita yakin PN adalah lambang kepada kita semua sebagai parti anggota dalam PN. Namun ia masih dalam perbincangan bagi memastikan mana yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan PN sebelum membuat ebarang keputusan mengenai hala tuju gabungan itu pada PRN Sarawak.

Katanya, walaupun Wawasan sudah mempunyai ahli namun keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya tidak dibuat secara bersendirian.

“Kita sebenarnya ada ahli-ahli di sana, tetapi sama ada bertanding atau tidak, jika kita dah jadi anggota PN biarlah kita tumpu bincang bersama dan tidak perlu bincang seorang diri.

“Kita dah maklumkan bahawa kita serahkan kepada Setiausaha Agung dan pengerusi PN,” ujarnya.-UTUSAN

The post PRN Melaka: PN tentukan jumlah kerusi Wawasan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved