PRN Sarawak: Wawasan bincang hala tuju bersama PN

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Sarawak: Wawasan bincang hala tuju bersama PN
Hamzah - Foto SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Parti Wawasan Negara (Wawasan) akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, walaupun Wawasan sudah mempunyai ahli namun keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya tidak dibuat secara bersendirian.

"Kita sebenarnya ada ahli-ahli di sana, tetapi sama ada bertanding atau tidak. Kita dah jadi anggota PN biarlah ia dibincang bersama dan tidak perlu bincang seorang diri.

"Kita dah maklumkan bahawa kita serahkan kepada Setiausaha Agung dan pengerusi PN," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Terdahulu media melaporkan, DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Pengumuman itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, pada Jumaat selepas beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri.

Menurut Abang Johari, DUN Sarawak ke-19 mula bersidang pada 14 Februari 2022 berdasarkan Perkara 21(3) Perlembagaan Negeri Sarawak dan akan terus berfungsi selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya, kecuali dibubarkan lebih awal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved