PRN Melaka: Polis terima 34 laporan, buka 25 kertas siasatan

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 7:38 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Polis terima 34 laporan, buka 25 kertas siasatan

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 34 laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 dan membuka 25 kertas siasatan dari hari penamaan calon pada 31 Okt hingga semalam.

Jurucakap PDRM Melaka Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, daripada jumlah itu, 23 kertas siasatan atau 92 peratus telah diedarkan ke pejabat berkaitan manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka berkata, 10 kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan manakala empat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan turut dibuka manakala dua lagi melibatkan Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala tujuh lagi mengikut beberapa peruntukan lain,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Muhammad Zaki berkata, sembilan laporan di bawah kategori lain-lain klasifikasi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi supaya menghormati hak masing-masing ketika keluar mengundi esok walaupun berbeza ideologi politik. – BERNAMA

The post PRN Melaka: Polis terima 34 laporan, buka 25 kertas siasatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved