PRN Melaka: Polis Terima 34 Laporan, Buka 25 Kertas Siasatan 

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 12:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PRN Melaka: Polis Terima 34 Laporan, Buka 25 Kertas Siasatan 

MELAKA - Polis membuka 25 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, susulan 34 laporan diterima sejak hari penamaan calon pada 31 Oktober lalu.

Jurucakap Polis Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 23 kertas siasatan atau 92 peratus sudah dirujuk kepada pejabat berkaitan, manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Beliau berkata, siasatan membabitkan beberapa jenis kesalahan, termasuk 10 kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan empat kes mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Selain itu, dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala masing-masing dua lagi membabitkan Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Baki tujuh kertas siasatan pula dibuka mengikut pelbagai peruntukan undang-undang lain,” katanya kepada pemberita di sini.

Muhammad Zaki yang juga Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka berkata, daripada keseluruhan 34 laporan diterima, sembilan daripadanya dikategorikan di bawah kategori lain.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi supaya saling menghormati hak antara satu sama lain ketika menunaikan tanggungjawab mengundi, meskipun mempunyai perbezaan fahaman politik. - Getaran, 14 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved