PRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput
Calon PH, Azman (kanan) bakal menentang calon PN, Rafie (kiri) dan calon Bersama, Abdul Rashid (tengah) pada PRN Melaka DUN Paya Rumput pada Sabtu.

TANGGA BATU - [DIKEMAS KINI] Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebaik sesi penamaan calon selesai di Stadium Hang Jebat di sini pada Sabtu.

PH mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sementara PN meletakkan tokoh korporat, Rafie Ahmad manakala Abdul Rashid Abu Bakar mewakili Bersama.

Pegawai Pengurus PRN Melaka DUN Paya Rumput, Safuan Effendy Mat Ghani mengumumkan calon sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup tepat jam 10 pagi selepas dibuka jam 9 pagi tadi.

Proses penamaan melibatkan ratusan penyokong yang berarak mengiringi calon masing-masing sebelum itu berlangsung dalam suasana tenang dan terkawal, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

PRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar Hilir

Kerusi DUN Paya Rumput menjadi tumpuan apabila penyandang DUN Paya Rumput dari Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yasin digugurkan bagi mengisi kerusi Sungai Udang yang disandang oleh PN.

Pada PRN lalu, Rais yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu menang di kerusi Paya Rumput dengan majoriti 629 undi.

Beliau berjaya menewaskan empat pencabarnya termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili Pakatan Harapan (PH), selain Muhammad Fariz Izwan Mazlan (PN), Mohd Jaini Dimon (Bebas) dan Mohamad Hashidi Mohd Zin (Putra).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved