PRN Melaka: ‘Undi Hak Anda, Pemuda UMNO Sediakan Khidmat Guaman Percuma Jika Ada Pihak Yang Paksa Undi’ – Akmal Saleh [Video]

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 10:16 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

PRN Melaka: ‘Undi Hak Anda, Pemuda UMNO Sediakan Khidmat Guaman Percuma Jika Ada Pihak Yang Paksa Undi’ – Akmal Saleh [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa mengundi tidak kira mana-mana parti merupakan hak setiap individu berdaftar dan tidak ada sesiapa boleh memaksa untuk mengundi pihak tertentu.

Pemuda UMNO Tawar Khidmat Guaman Percuma Jika Ada Pengundi PRN Melaka Yang Dipaksa Untuk Undi Parti Tertentu

Menerusi hantaran di laman Facebook, Akmal berkata Pemuda UMNO akan menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma kepada mana-mana pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang dipaksa oleh mana-mana pihak untuk mengundi sesebuah parti politik.

“Undi anda adalah hak anda dan pastikan tidak ada sesiapa boleh memaksa anda untuk mengundi mana-mana pihak.

“Jika ada yang memaksa anda tak kira daripada pihak mana sekalipun, Insya-Allah Pemuda UMNO sedia untuk berikan khidmat guaman percuma dan kita akan lawan siapa yang memaksa anda,” katanya dalam perkongsian video tersebut.

‘Undi Hak Anda Insya-Allah Kita Birukan Melaka Nanti’ – Akmal Saleh

Dalam pada itu, calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau itu juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengundi kepada 12,531 pengundi awal yang akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini (10 November).

“Saya nak ucapkan selamat mengundi dan pastikan undi anda, hak anda. Tidak ada sesiapa boleh paksa undi siapa yang anda mahu (jadikan wakil rakyat). Jadi selamat mengundi, Insya-Allah kita birukan Melaka nanti,” ujarnya.

Untuk info, seramai 12,531 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera, pasangan dan polis dijadualkan menunaikan tanggungjawab mengundi bagi PRN Mela­ka hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 9,769 terdiri daripada anggota tentera dan pasangan manakala 2,762 lagi merupakan anggota polis, termasuk anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang layak mengundi awal.

Sebanyak 31 pusat mengundi awal dibuka bermula pukul 8 pagi bagi melancarkan proses pengundian.

Individu Didapati Bersalah Paksa Undi Berdepan Hukuman Penjara 2 Tahun & Denda Hingga RM5,000

Untuk info, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 9, tindakan memaksa, mengugut atau menghalang seseorang daripada membuat pilihan undi secara bebas merupakan satu kesalahan pengaruh tidak wajar.

Berdasarkan Seksyen 11, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula, mana-mana individu yang melakukan perbuatan rasuah seperti menjamu, melakukan pengaruh tidak wajar atau menyogok boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM1,000 hingga RM5,000.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Melaka: Senarai Calon BN & PH Setakat Ini

Baca Artikel Berkaitan: Melaka Memilih! Semak Senarai Penuh Calon Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16

Pengundi Rasa Diri & Keselamatan Ahli Keluarga Terancam, Dakwa Dipaksa Undi Sebuah Parti Politik Semasa PRK Tahun 2019

Sebelum ini, terdapat satu kes melibatkan pengusaha dobi yang didakwa dipaksa mengundi sebuah parti politik menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih pada Februari tahun 2019 yang lalu.

Menurut laporan media, pengadu merasakan diri dan ahli keluarga terancam kerana didakwa ada unsur paksaan mengundi. Susulan itu, wanita itu tampil membuat laporan polis.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Melaka: PH Buat Laporan Polis, Dakwa Calon BN DUN Rim Salah Guna Aset Kerajaan Semasa Berkempen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pembatalan Pendaftaran PN: Mahkamah Tinggi Gantung Notis RoS

Baca Artikel Berkaitan: PRN Melaka: Calon BERSAMA Dakwa Bendera Parti Dibakar, Gesa Ambil Tindakan Terhadap Individu Lakukan Khianat [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved