Bertanding calon Bebas, keahlian Abu Bakar dalam UMNO automatik gugur

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 6:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bertanding calon Bebas, keahlian Abu Bakar dalam UMNO automatik gugur
Keahlian Abu Bakar dalam UMNO gugur secara automatik selepas beliau memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi DUN Bukit Katil pada PRN Melaka ke-16.

SHAH ALAM - Keahlian Datuk Abu Bakar Sabudin dalam UMNO gugur secara automatik selepas beliau memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, tindakan Abu Bakar bertanding sebagai calon Bebas bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan hak sebagai ahli parti.

"Perkara tersebut jelas diperuntukkan menerusi Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO yang menetapkan keahlian seseorang ahli akan tergugur secara automatik sekiranya memenuhi keadaan yang dinyatakan dalam fasal berkenaan.

“Fasal 20.11.2 menyatakan bahawa ahli UMNO itu bertanding dalam mana-mana pilihan raya sebagai calon Bebas atau calon pakatan parti politik yang tidak dianggotai UMNO," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Sumali berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Abu Bakar pada 4 November lalu yang mendakwa dirinya masih ahli UMNO aktif.

Kata Abu Bakar, keputusan itu dibuat selepas hasratnya untuk bertanding tidak mendapat tempat dalam parti yang disertainya sejak muda.

Menurutnya lagi, sudah empat kali dirinya menyuarakan hasrat untuk menjadi calon sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lampau.

Abu Bakar, 65, yang juga broker tanah melahirkan keyakinan dapat memenangi hati rakyat berikutan mempunyai hubungan rapat dengan penduduk pelbagai kaum di kawasan berkenaan.

Anak jati Bukit Katil itu berpandangan, hasil penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan sekian lama mampu menjadi sandaran pada hari pengundian 14 November ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved