PRN Negeri Sembilan: 65.38 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang - SPR

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: 65.38 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang - SPR
Petugas SPR memantau proses pengundian ketika pengundi menunaikan tanggungjawab pada Hari Pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau hari ini. Foto: Bernama

SEREMBAN - Sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat jam 4 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 72.1 peratus, diikuti DUN Seri Menanti dan DUN Labu, masing-masing sebanyak 70.9 peratus.

DUN Lobak, Bahau dan Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah, masing-masing sebanyak 59 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 61.89 peratus atau 518,737 daripada 838,200 pengundi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved