PRN Negeri Sembilan: Tiga kerusi majoriti rendah dimenangi calon

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 2:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Tiga kerusi majoriti rendah dimenangi calon
Petugas SPR memantau proses pengundian ketika pengundi menunaikan tanggungjawab pada Hari Pengundian sempena PRN Negeri Sembilan di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau. Foto: Bernama

SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 menyaksikan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi dengan majoriti di bawah 1,000 undi.

Di DUN Chennah, calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook dengan majoriti 688 undi.

Sementara itu, DUN Pilah yang menyaksikan pertembungan dua calon wanita berpihak kepada BN apabila S Leza Md Yassin menewaskan penyandang daripada PH, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dengan majoriti 730 undi.

Pada PRN 2023, kedua-dua calon itu turut bertembung di kerusi sama, namun kemenangan ketika itu berpihak kepada PH.

Di DUN Repah pula, calon BN, Koh Kim Swee mencatat kemenangan paling tipis apabila menewaskan calon PH, S Veerapan dengan majoriti hanya 444 undi.

Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos.

Proses pengundian berlangsung bermula jam 8 pagi di 401 pusat mengundi yang melibatkan 1,668 saluran di seluruh negeri, sebelum semua pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved