
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui pada 1 Ogos depan merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sembilan.
Pada ketika ini, dapat dilihat calon dari parti politik berbeza giat berkempen termasuk membentangkan manifesto masing-masing untuk memenangi hati pengundi.
Anwar Tempelak Sikap Pihak Tertentu Ghairah Nak Rebut Jawatan MB
Terbaharu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap sesetengah pihak yang terlalu ghairah merebut jawatan Menteri Besar (MB).
Jelas beliau, perkara utama dalam pilihan raya adalah wakil yang dipilih oleh rakyat itu mampu meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik serta menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan.
“Di sebelah sana, berapa ramai yang berebut (jawatan menteri besar)? Belum apa-apa sudah berebut, lepas pilihan raya nanti pun berebut lagi.
“Sebab itu jangan bagi mereka berebut, sebaliknya berikan mandat kepada pimpinan PH yang terbukti fokus bekerja untuk rakyat,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Tanpa Amalan Rasuah, Pengundi Wajar Kekalkan Aminuddin Sebagai Menteri Besar
Jelas Anwar yang juga merupakan Presiden PKR, pengundi di Negeri Sembilan sewajarnya mengekalkan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar kerana rekod cemerlangnya yang berjaya menerajui pentadbiran kerajaan negeri bebas amalan rasuah serta penyelewengan.
Selar Tindakan Sesetengah Pihak Mainkan Sentimen Politik Perkauman
Pada masa sama, Anwar turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memainkan naratif politik perkauman ketika kempen pilihan raya demi sokongan pengundi.
Ini kerana jelasnya, Kerajaan Perpaduan sentiasa bersikap adil dan inklusif dengan membantu seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.
Ia merangkumi pertambahan peruntukan sosiekonomi, perumahan dan pelarasan gaji penjawat awam.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Perpaduan di Taman Sri Penaga, Sikamat malam tadi.
Turut hadir sama Aminuddin yang juga calon PH bagi kerusi DUN Linggi, calon PH DUN Sikamat, Nor Azman Mohamad serta calon PH DUN Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim.
Dalam PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 16 calon dari PKR, 11 calon mewakili DAP dan sembilan calon dari Amanah.
Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: Senarai Calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional & Perikatan Nasional
Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: “Saya Bukan Lari Dari Sikamat” – Aminuddin Dedah Kenapa Beralih Ke Linggi






