PRN Negeri Sembilan: DAP tampil 3 muka baharu, kekal 8 penyandang

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: DAP tampil 3 muka baharu, kekal 8 penyandang
Anthony Loke mengumumkan Weng Wah sebagai calon DUN Temiang
Image from: PRN Negeri Sembilan: DAP tampil 3 muka baharu, kekal 8 penyandang
DAP pertaruh tiga muka baharu dalam PRN Negeri Sembilan dan mengekalkan lapan penyandang

SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan mempertaruhkan tiga muka baharu daripada keseluruhan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Tiga calon baharu berkenaan masing-masing, S Mugunthan(Seremban Jaya), Lee Kai Yet(Mambau) dan Ho Weng Wah(Temiang).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap kali pilihan raya diadakan, parti akan membuat penilaian menyeluruh termasuk mengenal pasti potensi untuk mengetengahkan calon baharu sebagai sebahagian daripada usaha meremajakan parti.

"Kalau penyandang itu masih muda, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan diterima di kawasan, sudah tentu kita kekalkan. Bukan semua perlu ditukar. Saya sendiri juga seorang penyandang.

"Setiap kali pilihan raya, kita akan membuat penilaian dan melihat potensi untuk mengetengahkan muka baharu.

"Namun, memandangkan PRN kali ini diadakan lebih awal daripada jangkaan, proses peremajaan parti tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh seperti yang dirancang," katanya ditemui pemberita selepas mengumumkan calon DUN Temiang di sini pada Isnin.

**media[3580766]**

Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan, kemungkinan lebih ramai muka baharu boleh ditampilkan.

Bagaimanapun, katanya, bagi PRN kali ini, DAP memilih pendekatan untuk lebih berhati-hati dengan mengekalkan penyandang yang mempunyai kelebihan kerana sudah dikenali pengundi.

"Ini satu pilihan raya yang kritikal. Kita tidak boleh mengambil risiko untuk mana-mana kerusi.

"Jadi setiap kerusi kita melihat pelbagai faktor dan faktor calon antara yang penting kerana boleh memberikan kesan kepada pola pengundian,"katanya.

Terdahulu, Ho Weng Wah yang merupakan Setiausaha Politik beliau diumumkan sebagai calon DUN Temiang.

Jelas Anthony, meskipun kali pertama bertanding pilihan raya, namun Weng Wah telah berkhidmat dalam parti DAP hampir 15 tahun dan telah merupakan pembantu beliau di Pejabat Parlimen Seremban.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved